Pages

Trading Terminal

Sistem platform dagangan InstaTrader merupakan salah sebuah sistem paling dinamik, platform-platform dagangan yang berkembang. Kami menawarkan pangkalan dagangan ini untuk pelanggan-pelanggan kami secara percuma!

Terminal dagangan di InstaTrader bukan sahaja membolehkan anda menutup urusniaga berdagang di pasaran forex malah mendapat sebutharga harga dalam bentuk pasangan matawang asas, campuran dan juga indeks-indeks saham seluruh dunia, serta berita syarikat dan tinjauan
  • Perintah-perintah Executes menggunakan teknologi "Pelaksanaan Segera"
  • Arkib pending order
  • Menyediakan laporan-laporan dan kenyataan yang mudah
  • Menyediakan satu pilihan penawaran automatik
  • Memerlukan sistem jaringan dan halaju rendah
  • Menawarkan antaramuka yang mudah dalam sekurang-kurangnya 10 bahasa lain.

Apabila anda muat turun platform dagangan, anda berpeluang untuk membuka akaun demo tanpa had dan mempelajari perihal dagangan tanpa risiko. Dalam masa yang sama, platform dagangan adalah peralatan dagangan yang sama untuk akaun nyata. Untuk menggunakan akaun nyata, anda perlu memasukkan no akaun nyata dan alamat server yang berkenaan. Dengan penggunaan sepenuhanya spectrum akaun demo, anda dapat mempelajari asas utama perdagangan dan lebih mahir dengan alatan alatan system perdagangan.

Setelah membuka akaun forex anda dikehendaki download trading terminal dan install ke pc anda seperti biasa. Sila klik icon dibawah untuk download:





Setelah anda install "Meta trader4" pada pc pastinya ia akan kelihatan lebih kurang begini.



Sekarang anda perlu setup sikit trading terminal. Klik pada file > new chart dan pilih EURUSD untuk set matawang yang anda akan dagang nanti. Klik pada H1 untuk set timeframe.

Tetapi mungkin tidak 100% sama trading terminal anda dengan yang saya tunjukkan diatas. Sebab itu anda perlu adjust sikit untuk memudahkan anda nanti. Mula-mula klik tempat yang ditunjukkan arrow merah seperti gambar dibawah. Adjust mengikut keselesaan anda.

Untuk melengkapkan lagi trading terminal anda perlu download indicator untuk terminal melalui download link berbentuk folder yang disediakan disebelah kanan blog ini.

Setelah siap download indicator anda boleh copy kesemua file indicator itu. Kemudian klik pada program file > instatrader > experts > incators dan paste disitu.

Untuk "Template Kira PIP" sila copy dahulu. Kemudian klik pada program file > instatrader > template dan paste disitu.

Sekarang buka trading terminal anda dengan klik "icon" instatrader pada desktop untuk aktifkan indikator tadi. Sila klik chart > template > spike bar dan akan muncul nombor disetiap candle. Kemudian sila klik insert > indicators > custom dan anda akan nampak indicator yang anda paste tadi sudah berada disini. Klik ketiga2 indicator tersebut iaitu "signal bar v6" dan "gp clock". Setelah siap semuanya terminal anda akan kelihatan seperti dibawah ni.




Akhir sekali anda boleh login akaun forex anda menggunakan no akaun dan password yang telah dihantar oleh pihak instaforex ke email anda. Untuk login, klik file > login dan masukkan no akaun, password anda dan server seperti dalam email yang anda terima dan klik "login". Jika semuanya betul nama anda akan muncul pada navigator disebelah kiri.

Sekarang trading terminal anda sudah siap. Anda boleh lihat apa yang ada ditrading terminal. Cuma klik mana-mana bahagian dan lihat perubahan untuk anda lebih memahami fungsi terminal. Anda boleh install seberapa banyak terminal yang diingini.