Pages

Permulaan

Apa yang perlu anda tahu

Forex adalah perniagaan matawang yang berisiko tinggi. Anda mungkin kehilangan semua modal anda jika mengalami kerugian. Apabila ini berlaku tiada pihak yang boleh dipersalahkan terhadap kerugian anda. Anda yang bertanggungjawab sepenuhnya. Tidak kira dengan broker mana anda guna, tidak kira perkhidmatan forex apapun yang anda langgan diluar sana, kerugian dalam forex bermaksud wang modal anda telah burn dalam pasaran forex. Oleh itu anda dinasihatkan supaya benar-benar memahami tentang urusniaga ini supaya tidak timbul sebarang masalah dikemudian hari.



Forex adalah singkatan kepada perkataan foreign exchange iaiut pasaran tukaran matawang asing. Sebagai contoh, katakan anda pergi ke money changer dan tukar RM kepada USD. Ketika itu USD1.00 bersamaan RM3.40 dan andapun tukar sebanyak USD100 bersamaan RM340. Sebulan kemudian anda datang semula ke money changer dan ingin menukar semula USD kepada RM. Katakan pada masa itu USD semakin mahal iaitu USD1 bersamaan RM4.00 dan anda pun terus tukar USD100 kepada RM. Maka anda akan menerima sebanyak RM400. Dengan ini anda telah untung sebanyak RM60 dari pertukaran tersebut. Inilah yang dinamakan forex trading.

Bezanya contoh tadi urusniaga dilakukan secara ofline sedangkan forex trading yang bakal anda ceburi ini adalah secara online. Anda hanya perlukan komputer dan internetuntuk trade forex. Pasaran forex ini dibuka sebanyak 24 jam sehari dan 5 hari seminggu. Bermula dari pukul 5 pagi hari Isnin dan berakhir pada pukul 5 pagi hari Sabtu.

Urusan jual beli anda akan dikendalikan oleh broker, dikenali sebagai broker forex. Terdapat banyak broker forex yang menawarkan servis ini dan broker terbaik semestinya InstaForex.

Terdapat beberapa platform yang disediakan oleh broker forex, dan platform paling popular adalah dikenali sebagai Metatrader. Platform ini pula terdapat dua jenis iaitu platform 4 decimal dan platform 5 decimal.