Pages

Nota Forex

NOTA FOREX


*****Perbezaan Saham Dan Forex*****
Forex:
  • Trader jual dan beli matawang
  • Terdapat 6 matawang dunia yang utama
  • Pembeli dan penjual tidak terhad
  • Senang untuk dijual beli
  • Traders boleh trade bila-bila masa dalam tempoh 24 jam selama 5 hari berturut-turut
  • Pasaran 2 hala
Saham:
  • Traders jual dan beli saham
  • Terdapat berpuluh-puluh ribu saham
  • Pembeli dan penjual terhad
  • Sesetengah saham agak susah untuk dijual
  • Traders boleh trade pada masa bekerja sahaja
  • Pasaran sehala


*****Bagaimana Trader(anda) Mendapat Keuntungan?*****
Untung dikira menggunakan konsep asas perniagaan iaitu beli harga rendah (buy low) dan jual dengan harga tinggi (sell high)
Untuk contoh diatas katakan kita beli pada harga 1.8900 dan setelah harga naik sehingga 1.9000, kita jual matawang tersebut. Oleh itu kita telah untung 100 pip (1.9000 - 1.8900 = 100).

Trader mendapat untung dengan mengumpul pip. Pip ialah pergerakan price sebanyak 0.0001 atau 0.01 bergantung kepada currency pair yang anda pilih. Nilai 1 pip bergantung kepada jenis akaun dan lot yang anda gunakan.

*****Waktu Trading*****
Terdapat 3 sessi trading yag paling utama iaitu Tokyo, London dan New York. Berikut adalah trading bagi setiap sessi dalam waktu Malaysia.
Market paling aktif apabila 2 sessi bertembung iaitu sessi Tokyo - London (4 - 5 petang) dan sessi London - New York (8 Mmalam - 1 pagi).

*****Jenis - Jenis Market*****
Terdapat 2 jenis market iaitu bullish & bearish.
Bullish:
  • Bullish bermaksud market sedang menaik atau uptrend.
  • Trader inginkan harga naik lebih tinggi.
  • Dalam market bullish, trader akan beli dahulu pada harga rendah (buy low first) dan jual kemudian pada harga tinggi (sell high later) untuk mendapatkan untung.
  • Pergerakan market adalah menaik atau dipanggil rallying.
  • Position anda untuk market bullish ialah Buy atau Long.
  • Gambar diatas menunjukkan graf EUR/JPY. Pada point A, trader buy EUR/JPY pada harga 147.83. Kemudian harga naik sehingga point B, dan trader sell EUR/JPY pada harga 148.61. Disini trader mendapat untung 78 pip. Pada point C, trader buy EUR/JPY pada harga 148.44 dan sell pada point D, iaitu pada harga 149.25. Disini trader untung 81 pip.
Bearish:
  • Bearish bermaksud market sedang menurun atau downtrend.
  • Trader ingin harga turun lebih rendah.
  • Dalam market bearish, trader akan jual dahulu pada harga tinggi (sell high first) dan beli kemudian pada harga rendah (buy low later) untuk mendapatkan untung. Konsep tetap sama, buy low dan sell high, cuma turutannya berbeza.
  • Pergerakan market adalah menurun atau dipanggil dipping.
  • Position anda untuk market bearish ialah SELL atau SHORT.
  • Gambar diatas menunjukkan graf GBP/USD. Pada point A, trader sell GBP/USD pada harga 1.9005. Kemudian harga turun sehingga point B, dan trader buy GBP/USD pada harga 1.8945. Disini trader mendapat untung 60 pip. Pada point C, trader sell GBP/USD pada harga 1.8897 dan buy pada point D, iaitu pada harga 1.8799. Disini trader untung 98 pip.
  • Konsep bearish ialah jual dahulu dan beli kemudian.Tetapi anda mungkin akan menganggap kita seolah-olah seperti menjual barang yang kita tiada. Konsep ini tidak sama dengan menjual barang dan tidak bermaksud menjual barang yang tiada. Konsep ini akan diterangkan kemudian.

p/s: anda hanya boleh melakukan 2 perkara sahaja iaitu buy atau sell. Anda perlu mengenal pasti sama ada market sedang bullish atau bearish. Jika market bullish, anda akan masuk position BUY dan jika market bearish, anda akan masuk position SELL.

*****Konsep BUY dan SELL*****
Dalam market menaik, contohnya graf GBPUSD. Anda akan buy dahulu pada harga yang rendah dan sell kemudian pada harga yang lebih tinggi. Apabila anda BUY sebenarnya anda buy GBP pada harga rendah dan sell USD pada harga tinggi.

Dalam market menurun, contohnya graf EURUSD. Anda akan sell dahulu pada harga yang tinggi dan buy kemudian pada harga yang lebih rendah. Apabila anda SELL sebenarnya anda sell UER pada harga tinggi dan buy USD pada harga rendah.

Sila lihat graf diatas. Dalam market bullish, contohnya graf USD/CHF, anda akan buy dahulu pada harga yang rendah dan sell kemudian pada harga yang lebih tinggi. Apabila anda BUY, sebenarnya anda buy USD pada harga rendah dan sell CHF pada harga tinggi.

Dalam contoh diatas graf GBP/JPY, anda akan sell dahulu pada harga yang tinggi, dan buy kemudian pada harga yang lebih rendah. Apabila anda SELL, sebenarnya anda sell GBP pada harga tinggi dan buy JPY pada harga rendah.

Contoh currency pair: EUR/USD
  • Jika anda masuk position BUY EUR/USD, bermakna anda akan buka position BUY/LONG. Ini bermakna, anda akan buy EUR pada harga rendah dan apabila harga naik, anda akan close position anda, iaitu anda akan sell USD pada harga tinggi. Cuba lihat persamaan dibawah.
  • Persamaan B = Persamaan C, kerana kedua-kedua persamaan mempunyai komponen yang sama dan menghasilkan proses yang sama iaitu buy USD dan sell EUR, cuma turutannya sahaja yang berbeza.
  • Persamaan B = Persamaan C.
  • Short EUR/USD = Long USD/EUR.
  • Sell EUR dahulu, buy USD kemudian = buy USD dahulu, sell EUR kemudian.


p/s: currency pair USD/EUR tidak ditawarkan oleh broker. Oleh itu, jika kita membeli USD dan menjual EUR (iaitu buy USD/EUR) anda boleh sell EUR/USD kerana prosesnya sama. Sell atau short hanyalah satu konsep, bukannya anda menjual barang yang anda tiada.

*****Jenis - Jenis Oder*****
Market Oder:
  • Market oder ialah sejenis oder untuk BUY atau SELL pada harga semasa.
Limit Oder (Take Profit Oder):
  • Limit oder ialah sejenis oder dimana anda boleh menetapkan berapa banyak keuntungan yang anda mahu dengan meletakkan harga tertentu untuk anda close position anda.
  • Katakan anda BUY GBP/USD pada 1.8000 dan ingin mengambil untung sebanyak 20 pip. Anda boleh set Limit Oder atau Take Profit anda pada harga 1.8020. Apabila harga naik mencecah 1.8020, position anda akan ditutup secara automatik.
Stop Oder (Stop Loss Oder):
  • Stop Loss oder ialah sejenis oder dimana anda boleh menetapkan berapa banyak kerugian yang anda sanggup tanggung.
  • Katakan anda BUY GBP/USD pada 1.8000 dan ingin mengambil untung sebanyak 20 pip. Jika harga naik, anda akan untung. Tetapi jika harga turun lebih rendah daripada 1.8000, anda akan rugi. Dengan menggunakan Stop Loss order, anda boleh tetapkan berapa pip anda sanggup rugi. Jika anda sanggup rugi 20 pip sahaja, anda boleh letakkan Stop Loss order pada harga 1.7980. Apabila harga turn sampai 1.7980, position anda akan ditutup dan anda akan rugi 20 pip sahaja.
  • Jika anda tidak meletakkan stop loss, anda akan mungkin akan rugi lebih daripada itu.

*****Cara Menjana Keuntungan*****
Cara 1: Luck/Tuah
  • Anda bertuah dan bernasib baik jika anda mendapat untung daripada trading anda, tetapi anda tidak tahu apa yang anda lakukan. Nasib tidak akan menyebelahi kita sepanjang masa. Akan sampai masa dimana anda tidak bernasib baik dan hilang semua modal anda.
Cara 2: Mentor

Anda belajar melalui mentor / guru dan mendapat maklumat yang betul tentang semua aspek mengenai FOREX. Paling penting anda harus belajar 2 perkara iaitu:
  • Belajar bila waktu yang sesuai untuk anda enterposition dan bagaimana caranya.
  • Belajar bila waktu yang sesuai untuk anda close position dan kenapa anda close position tersebut.

*****Analisis Teknikal*****
Terdapat 3 jenis chart yang popular iaitu bar chart, candlestick chart dan juga line chart. Candle chart menjadi pilihan ramai trader. Setiap candlestick mewakili pergerakan price bagi sesuatu masa. Contohnya, setiap candlestick pada chart H1 mewakili pergerakan price untuk tempoh 1 jam.
Candlestick Chart
Line Chart
Bar Chart

Bearich Candlestick:
  • Bearish candlestick ialah candle yang dibuka pada harga tinggi dan ditutup pada harga lebih rendah.
Bearish Candlestick
Bullish Candlestick:
  • Bullish candlestick ialah candle yang dibuka pada harga rendah dan ditutup pada harga tinggi.
Bullish Candlestick

*****Teknikal Indicator*****
Relative Strength Index (RSI)
  • Indicator RSI adalah salah satu cara terbaik untuk anda trade secara manual disamping trade menggunakan EA. Indicator ini telah disediakan pada trading terminal anda. Anda hanya perlu sedikit setting dan aktifkannya.
  • Untuk mengaktifkannya sila klik insert > indicators > custom > RSI.
  • Setelah muncul seperti gambar diatas, klik pada levels. Kemudian klik pada "add" dan masukkan angka berikut 10, 20, 30, 50, 70, 80 dan 90 (setiap satu nombor diselanggi dengan klik "add"). Setelah siap klik ok dan indikator tersebut akan muncul pada bahagian bawah trading terminal anda seperti gambar dibawah.
  • Anda hanya boleh masuk 1 post sahaja pada setiap level dan nilai lot pertama yang sesuai digunakan adalah 1/1000 dari modal anda. Contoh jika modal anda adalah USD500 maka nilai lot pertama anda adalah 0.50. Untuk nilai lot kedua dan ketiga anda boleh menaikkan sedikit demi sedikit nilai lot anda.
  • Anda boleh oder buy pada level 30, 20, 10 dan oder sell pada level 70, 80, 90. Contohnya jika anda oder buy pada level 30 dan pasaran masih lagi turun, maka oder buy seterusnya adalah pada level 20 dan 10 (flowting). Begitu juga dengan sell. Ini bermakna oder maksimum anda dalam satu masa adalah 3 post sahaja. Anda hanya perlu menunggu sehingga pasaran kembali hingga level menguntungkan dan closed oder segera.
  • Trading cara ini hanya boleh untuk 1 arah sahaja. Jika anda oder buy maka anda perlu tunggu hingga take profit barulah anda boleh oder sell pula. Begitu juga sebaliknya. Take profit terpulang kepada anda. Asalkan jumlah keseluruhan oder (sebelah kanan bawah) mula menunjukkan keuntungan sudah memadai.


*****Fibonacci*****
Fibonacci nombor ialah turutan nombor yang dihasilkan dengan menambah 2 nombor yang sebelumnya. Nombor itu bermula engan 0 dan 1. Untuk mendapatkan nombor seterusnya, kita perlu campurkan 0 dengan 1. Oleh itu, turutan yang akan kita dapat ialah 0, 1, 1.

Untuk mendapatkan nombor seterusnya kita perlu tambhkan 2 nombor yang terkini iaitu 1 dan 1. 1+1=2. Oleh itu, turutan yang akan kita dapat ialah 0, 1, 1, 2.
  • Turutan seterusnya ialah: 0, 1, 1, 2, (1+2) = 0, 1, 1, 2, 3
  • Turutan seterusnya ialah: 0, 1, 1, 2, 3, (2+3) = 0, 1, 1, 2, 3, 5
  • Turutan seterusnya ialah: 0, 1, 1, 2, 3, 5, (3+5) = 0, 1, 1, 2, 3, 5, 8
  • Turutan seterusnya ialah: 0, 1, 1, 2, 5, 8, 13, 21, 34, 55, 89, 144, 233........

*****Fibonacci Retracement & Extensions*****
  • Fibonacci Retracement (FR) terdiri daripada retracement level dan extension level.
  • Retracement level terdiri daripada level 0.0 hingga level 100.0. Level ini digunakan untuk melihat sejauh mana price akan retrace.
  • Extension level terdiri daripada level yang nilainya lebih daripada 100.0. Level ini digunakan untuk melihat sejauh mana pergerakan price yang mengikut arah trend.
  • Setiap level FR boleh dijadikan sebagai profit target, support dan resistance.

Retracement dan Projection (Uptrend)
  • Dalam keadaan uptrend, price bergerak secara menaik. Apabila price menaik (mengikut arah trend) ia dipanggil projection.
  • Apabila price turun (melawan arah trend) ia dipanggil retracement.

Contoh FR (Uptrend)
  • Dalam Keadaan uptrend, FR dilukis supaya level extension berada disebelah atas. Ini dapat memudahkan kita melihat level-level diatas yang boleh kita jadikan profit target.
  • Dalam rajah diatas, price retrace pada level 50.0 dan kemudian price project sehingga level 150.0.
  • Cara yang disarankan ialah, anda enter position BUY di bawah level 100.0 dan anda jadikan mana-mana extension level diatas level 100.0 sebagai profit target anda.

Contoh FR (Downtrend)
  • Dalam keadaan downtrend, FR dilukis supaya level extension berada disebelah bawah. Ini dapat memudahkan kita level-level dibawah yang kita jadikan sebagai profit target.
  • Dalam rajah diatas price retrace pada level 61.8 dan kemudian price project sehinga level 150.0.
  • Cara yang disarankan ialah anda enter position SELL diatas level 100.0 dan anda jadikan mana-mana extension dibawah level 100.0 sebagai profit target anda.

Fibonacci Expansion (FE)
  • Fibonacci Expansion (FE) digunakan untuk melihat sejauh mana pergerakan price
  • Ia terdiri daripada 3 level iaitu FE 61.8, FE 100 dan FE 161.8. Kesemua level ini digunakan sebagai target atau Take Profit.
  • Untuk melukis FE, 3 point diperlukan iaitu Point A, B dan C.
  • Dalam keadaan uptrend, Point A ialah point paling rendah, Point B ialah point paling tinggi sebelum price turun retrace di Point C. Point C mestilah lebih tinggi daripada Point A dan lebih rendah daripada Point B.
  • Dalam keadaan downtrend, Point A ialah point paling tinggi, Point B ialah point paling rendah sebelum price naik untuk retrace di Point C. Point C mestilah lebih rendah daripada Point A dan lebih tinggi daripada Point B.

Contoh FE Dalam Keadaan Uptrend

Contoh FE Dalam Keadaan Downtrend



Fibonacci Retracement / Expansion
  • Fibonacci retracement: Anda boleh set TP anda pada mana-mana etension level (level-level yang lebih daripada 100.0). Level yang selalu digunakan ialah 161.8
  • Fibonacci expansion: Anda boleh set TP pada level 61.8, 100.0 atau 161.8. Expension level yang selalu digunakan ialah 16.8.
Contoh 1: SELL dan set TP pada rectraement level 161.8.

Contoh 2: BUY dan set TP pada retracementlevel 161.8.

Contoh 3: SELL dan set TP pada expansion level 161.8.

Contoh 4: Buy dan set TP pada expansion level 161.8.




*****Trendline*****
  • Trendline digunakan untuk melihat trend dan juga support & resistance.
  • Apabila candle berada diatas trendline ia menunjukkan trendmenaik (uptrend). Trendline ini akan menjadi support.
  • Apabila candle berada dibawah trendline, ia menunjukkan trend menurun (downtrend). Trendline ini akan menjadi resistance.
Rajah dibawah menunjukkan trendline sebagai resistance. Pada point C, resistance dapat ditembusi dan menyebabkan price berubah trend dan mula bergerak keatas.
Rajah dibawah menunjukkan trendline sebagai support. Pada point A, support dapat ditembusi dan menyebabkan price berubah trend dan mula bergerak kebawah.

Trendline (Uptrend)
  • Dalam rajah dibawah pilih 2 low point dan sambungkan dengan trendline.
  • Dalam rajah dibawah 2 low point tersebut telah disambung dengan trendline.
  • Dalam rajah dibawah price bergerak melepasi trendline. Oleh itu trend bertukar kepada downtrend.

Trendline (Downtrend)
  • Dalam rajah dibawah pilh 2 high point dan sambungkan dengan trendline.
  • Dalam rajah dibawah 2 high point tersebut telah disambungkan dengan trendline.
  • Dalam rajah dibawah price bergerak ke atas dan melepasi trendline. Oleh itu trend bertukar kepada uptrend.

Price Breaks Trendline
  • Trendline dilukis untuk melihat trend semasa bagi setiap curreny pair.
  • Dalam keadaan downtrend, trendline dilukis diatas candle dan akan menjadi resistance. Apabila candle dapat melepasi (break) trendline dan naik keatas trendline, ini menunjukkan perubahan trend dan jika anda mempunyai position sell dan anda boleh close position anda.
Contoh 1: Anda mempunyai position SELL, close position apabila candle break keatas trendline.
  • Dalam keadaan downtrend, trendline dilukis diatas candle dan akan menjadi resistance. Apbila candle dapat melepasi (break) trendline dan naik ke atas trendline, ini menunjukkan perubahan trend dan jika anda mempunyai position sell, anda boleh close position anda.
Contoh 2: Anda mempunyai position BUY, close position apabila candle break kebawah trendline.


*****Breakout*****
  • Breakout bermaksud price naik melebihi paras resistance atau turun melebihi paras support. Breakout menunjukkan permulaan trending market.
  • Sebelum berlaku breakout price akan bergerak dalam 1 range/jarak.
  • Range tersebut dpat dilihat dengan jelas dalam ranging market seperti rajah dibawah. Dengan menggunakan indicator Bollinger Band kita dapat melihat Bollinger Band dalam keadaan kecil dan mengecut. Price pula bergerak dalam range 1.2744 hingga 1.2762.
  • 1.2762 bertindak sebagai resistance dan 1.2744 bertindak sebagai support. Apabila price dapat turun ke bawah dan menembusi paras support ia dikatakan telah breakout ke bawah. Apabila breakout ke bawah ini berlaku, market akan berada dalam keadaan downtrend.
  • Breakout juga boleh dilihat melalui Indicator Daily Pivot.
  • Indicator Daily Pivot mempunyai range daripada R3 hingga S3. Setiap hari, price akan bergerak dalam range ini.
  • Jika price naik lebih daripada R3, ia dikatakan telah breakout ke atas.
  • Jika price turun lebih daripada S3, ia dikaakan telah breakout ke bawah.
  • Breakout sebegini jarang berlaku. Ttapi jika breakout ini berlaku, price dapat bergrak sebanyak jarak range Daily Pivot pada hari itu. Jika jarak antara S3 dan R3 ialah 200 pip.
  • Hati-hati kerana banyak false breakout yang berlaku.



*****Trading Systems*****
Komponen

Trading system ini terdiri daripada beberapa indicator:
1) SMA 50 (Simple Moving Average 50)
  • Digunakan untuk melihat trend dan juga support / resistance.
2) SMA 200 (Daily Chart)

  • Digunakan untuk melihat trend dan juga support / resistance.
3) SMA 200 (4 Hour Chart)

  • Digunakan untuk melihat trend dan juga support / resistance.
4) SMA 200 (1 Hour Chart)

  • Digunakan untuk melihat trend dan juga support / resistance.
5) Stochastic

  • Digunakan untuk melihat overbought dan oversold.

*****Fundamental Analysis*****
Economi Indicator

Apakah yang menggerakkan matawang?
  • Matawang bergerak mengikut keadaan ekonomi negara.
  • Harga sesuatu matawang ditentukan melalui Supply (penawaran / pembekal / pengeluar) dan Demand (permintaan).
  • Apabila Demand untuk matawang bertambah, harga matawang tersebut akan naik.
  • Apabila Demand untuk matawang berkurangan, harga matawang tersebut akan turun.
  • Perkembangan ekonomi, kadar faedah (interest rate) dan kestabilan politi akan mempengaruhi dan memberi kesan kepada ekonomi negara tersebut.

Perkembangan Ekonomi
  • Pelabur akan melabur dinegaa yang mempunyai ekonomi yang kukuh dan berkembang. Ekonomi data yang perlu diberi perhatian ialah Unemployment (pengangguran), Trade Balance (mengukur perbezaan import dan eksport) dan GDP (gross domestic product).



TAMAT...