Pages

Akaun Demo

Sebelum anda mula trading dengan real akaun adalah lebih baik anda cuba trading dengan demo akaun dahulu. Demo akaun fungsinya sama seperti real akaun cuma tidak boleh keluar duit saja. Anda boleh cuba trading dalam demo dulu dan belajar bagaimana forex berfungsi. Kalau rugi pun anda tidak akan hilang apa-apa.

Sebaiknya apabila anda ingin mencuba akaun demo, mulalah dengan nilai yang anda akan mula nanti dengan real akaun. Jika anda rancang ingin mulakan USD100 dalam real akaun nanti, jadi lebih baik anda set USD100 juga dalam demo akaun. Dengan cara ini anda dapat melihat kemampuan anda menguruskan akaun dengan jumlah tersebut.

Apabila anda bekerja dengan satu akaun demo, anda tidak menanggung risiko kehilangan wang dan boleh melakukan perkara berikut:
  • Menambah pengalaman perdagangan dalam bidang FOREX;
  • Mengkaji proses analisis pasaran wang;
  • Cuba menggunakan sebutharga sebenar dalam masa nyata, dan memperbaiki strategi dagangan anda tanpa risiko;
  • Membangunkan sistem pengurusan risiko anda sendiri (Pengurusan Kewangan);
  • Mendapat pengalaman praktikal bila bekerja dengan InstaTrader.

Cara buka akaun demo mudah saja. Ikuti langkah-langkah ini. Klik pada file > open an account. Nanti akan muncul form seperti gambar dibawah dan anda boleh isi semua dengan lengkap. Klik pada agree dan klik next > next > finish. Sebelum klik finish, sila salin dahulu login dan password yang diberi okey. Sekarang anda sudah boleh trading dengan akaun demo.



Anda juga boleh menggunakan EA pada akaun demo untuk melihat kemampuannya. Setelah anda yakin bolehlah anda memulakan dengan real akaun.